Monday 6 February 2012

Lajukan dengan 'Fine Tune' Windows 7 pada Netbook anda

"Slowlah... lembab macam siput je laptop aku ni." Itulah ayat yang biasa kita ungkapkan bila kita rasa laptop kita tu macam slow jer.. 

Balik-balik bila kita tanya member2, diorang mesti cakap, 
" ade virus kot, ko pakai antivirus ape erk? Avira? AVG? owh... yg tu mmg tak bagus.. gunalah Norton or Kapersky baru OK...."  
haha.. memang betul pun, klu ade virus, laptop memang lembab. Mana taknyer, dalam diam2 virus sebenarnya dah gunakan banyak resource and process secara background. 

"RAM ko dah upgrade ke? Dah.. sekarang dah jadi 2GB." hehe..  dah 2GB pun still slowwwwwww.. Kenapa SLOW? laptop ni boleh jadi slow sebabkan banyak process2 yang kita run dalam satu masa, contohnya virus tadi tula. Oleh itu.. kita perlu tahu bagaimana nak stopkan process2 yang tak diperlukan daripada ia terus menerus menggunakan resource free RAM and CPU kita tu.

Ok. So, kali ni fira nak share dengan kawan2 semua macam mana nak "Fine Tune" hehe bunyi dah macam nak tuning kereta pulak. Lebih kurang camtula, klu kereta kita tune nak bagi laju. So, untuk PC pun samalah jugak, kita tune setting die supaya laju jugak.


GET READY and IKUT TUTORIAL NI.. ENJOY!
Tutorial ni sesuai untuk para pengguna Windows 7 Ultimate pada Netbook dan Desktop menghadapi symptom sebegini.
Ok, sekarang bagi pengguna yang baru je lepas format netbook die, dan yakin netbook die takde virus, tapi rasa masih slow. Boleh try cara ni. Cara yang Fira akan tunjukkan ini, adalah 100% tanpa menggunakan third party program seperti Tune-Up Utilities, Windows 7 Manager atau Program-program tweak dan maintenance yang lain.

1. Fine Tune pada Visual Setting
    • Interface Windows 7 memang cantik kalau kesemua features GUI dipasang. Tetapi malangnya, untuk pengguna netbook hanyalah menggunakan CPU Intel Atom atau CPU AMD C-50 untuk Dual Core yang memang tidak setanding CPU2 lain seperti Phenom X4 ataupun I7 kerana CPU untuk netbook ini dicipta untuk portabality supaya menggunakan tenaga secara effisien, bukan untuk performance. Sebab itu, kebanyakan netbook baterinya boleh tahan lebih dari 5jam. Ada yang hebat lagi ada yang sampai 10jam tanpa dicas. Hebat bukan? =)
    • So, first sekali perlulah sedar kemampuan workstation kita. Kalau nak laju, kenalah pki desktop yang High-End punya, dengan I7, SLI atau Crossfire siap. Barulah leh lajuuu beb.
    • Oleh itu, nak g pada 'Visual Setting' ni, first sekali click pada 'start button' dan tulis 'adjust the appearance' pada 'search bar' then click 'enter'. Paparan seperti di bawah akan muncul.
      • Lepas dah muncul, Fira sarankan kawan disablekan setting-setting ini dengan membuang 'check' pada kotak.
        • Animate controls and elements inside windows
        • Animate windows when minimizing and maximizing
        • Animations in the taskbar and Start Menu
        • Fade or slide menus into view
        • Fade or slide ToolTips into view
        • Fade out menu items after clicking
        • Save taskbar thumbnail previews
        • Show translucent selection rectangle
      • ini antara setting yang Fira recommend dan dah dicuba oleh Fira. Kalau disable banyak2 nanti jadi tak cantik pulak. Cukup sekadar ni je. 
     2. Disable/Remove Startup Programs 
      • Netbook anda mungkin ada masalah semasa load window. Lampu 'HDD LED' pada netbook anda mungkin tak henti-henti berkelip-kelip kan? dah nak dekat 15minit barulah habis load sepenuhnya. Kalau anda alami masalah macam ni, ini mungkin disebabkan 'Startup Item' anda yang begitu banyak. 
      • So, anda perlu hanya 'Enable' kan application yang perlu sahaja. Firsts, click 'start button', tulis 'msconfig' pada 'search bar' then hit 'enter'.
      • Apabila paparan 'System Configuration' muncul, pergi pada 'Startup tab' seperti rajah di bawah.
    Hanya 'enable' kan application yang perlu sahaja. Sekiranya ter 'disable' application yang penting, anda boleh re-enable semula.

    3. Disable Services
      • Sekarang adalah masa untuk mengurangkan services yang run secara background dalam netbook kita yang bukan semuanya digunakan oleh kita.
      • Ok, first click 'start button' dan tulis 'services.msc' pada 'search bar' dan hit 'enter'

      • Lepas paparan 'Services' seperti di atas muncul, anda boleh 'stop' dan 'disable' 'services' dengan select service yang kita nak 'disable' kan.
      • Caranya, right click service yang nak di 'disable' kan dan pilih 'Properties'.
      • Sekarang ubah pada 'Startup type' kepada 'Disabled'. Kemudian tekan 'Stop' button.
      • Lastly, click ok dan ulangi langkah ini sehingga selesai semua service yang fira recommend untuk di 'disable' kan ni.
        •  Block Level Backup Engine Service
        •  Bonjour Service (dari iTunes) 
        • Certificate Propagation
        • Group Policy Client (sekiranya bukan dalam domain) 
        • HomeGroup Listener
        • HomeGroup Provider
        • Offline Files 
        • Portable Device Enumerator Service
        • Security Center*   
        • Software Protection (pastikan Windows telah di activate terlebih dahulu)  
        • SSDP Discovery 
        • Windows Defender*
        • Windows Media Player Network Sharing Service
        • Windows Search   
                              *Pastikan anda menggunakan security software yang lain sebelum disable service ini.


    4. Tambah RAM ataupun beli workstation yang lagi Power
      • Lepas semua step ni dah di ikut, tapi still slow macam siput gak, haaaa jangan sedih, sebab anda mungkin belum tambah RAM. So, dengan tambah RAM sikit sebanyak membantu workstation anda untuk bernafas dan bergerak dengan lebih pantas.
      • Dah ikut cara ni, dah tambah RAM tapi still slow? jikalau slow jugak, anda bolehlah cuba downgrade dari Windows 7 ke Windows XP. Tapi, XP fira rasa dah old fesyen pun klu kita pakai sekarang ni... hehe. Haa disebabkan masalah itu, fira syorkan anda semua untuk cuba pulak Windows 8. ini link dia. Tapi ini hanyalah developer preview version. Untuk yang full release, kita kena la tunggu sikit. Rumors ada mengatakan, dalam lewat bulan Oktober 2012 akan release windows ini. Ok selamat mencuba! =)

    5 comments: