Saturday, 18 February 2012

Software BASIC yang PERLU ANDA ada


Assalamualaikum...


Komputer sememangnya tidak dapat dipisahkan dari kehidupan kita seharian pada hari ini. Baik dari golongan dewasa sampailah budak-budak kecik sekarang ni.  

Kalau entry lepas fira ada tulis tentang Fine Tune Komputer , tapi kali ni , fira nak share software BEST yang korang wajib  ada.

PERTAMA
Waktu Solat 13


Yang pertama mestilah solat. So, kepada muslimin dan muslimat di luar sana, anda mesti dapatkan Software Waktu Solat ni. Ini adalah salah satu yang fira suka:


Best tu.. siap ada tazkirah lagi
Ni cara nak setting kawasan. Contoh nak tukar dari KL kepada Ipoh. click 'new location'
Click 'setting'
Pilih kawasan > click 'OK'
Jangan lupa click 'Apply'
Dah siap pun
Click 'OK'
Lepas ni, kita tak yah la risau lagi sebab komputer kita pun dah boleh azan.
Download sini: Waktu Solat 13 [3.46MB]
                                     (password: firasayangdia)

KEDUA
QReciter Al-Quran v5.1


Yang ni pula adalah software Al-Quran siap dengan terjemahan bahasa melayu. Software ni juga adalah percuma. 


Inilah paparan software ini.

Antara kelebihannya, korang boleh pilih surah, ada banyak pilihan Qari, ada nota tajwid, doa umrah & haji, wirid & doa
Download sini: QReciter Al-Quran v5.1 part1 [200Mb]
               QReciter Al-Quran v5.1 part3 [123Mb]
               (password: firasayangdia)

KETIGA
Ujian JPJ [Clone]


Hehe.. yang ni lain pulak. Susah kot nak dapat software ni. Kepada sesiapa yang belum lagi ambik lesen memandu, memang bertuah. Nak tau kenapa, ini adalah contoh soalan JPJ berkomputer. Software ni saya dapat dari awie4352@syok. Semoga lulus dengan cemerlang!



Download sini: Ujian JPJ [Clone] [17.81MB]
                                     (password: firasayangdia)

KEEMPAT
Stardock Fences

Masalah desktop berserabut dan tak terurus mesti selalu korang alami sebab terlalu sibuk kan? Yelah, fira sendiri pun memang suka letak sume file-file yang fira selalu guna kat desktop sampaikan gambar Wallpaper kat desktop tu pun dah tak nampak sebab dah terlindung oleh icon-icon yang banyak tu. 


Keadaan ni mesti diselesaikan segera, sebab sikit sebanyak icon yang berserabut ni, boleh menjejaskan emosi kita. Sebagai contoh, kalau rumah kita bersih dan kemas, mesti kita rasa tenaaang jerrr. kan? hehe Serupa jugak dengan desktop kita. 


So, Fences ni adalah jawapannya. Stardock fences ni, membolehkan kita buat 'pagar-pagar' untuk mengkelaskan file-file di desktop mengikut kategori masing-masing. Contoh, kalau file assignment, kita boleh letakkan di bahagian untuk assignment jer. kalau gambar-gambar, satu bahagian jer. So, takdela bercampur dan berserabut. Lagi satu, bila kita double click pada desktop, secara automatik, semua icon-icon kat desktop akan hidden. Jadi, dapatlah kita sorok icon-icon tu tadi bila kita tak perlukannya. 


Stardock Fences Configuration 



Download sini:  Stardock Fences Public [9MB]


KELIMA
SpiritPyre Extensions


Pernah tau tak camne nak 'view hidden file'? ataupun nak 'view file extension' sesuatu file tu? ataupun dengan tekan kombinasi CTRL+A pada keyboard untuk 'Select All'? Sekarang, korang sume tak perlu lagi guna step yang rumit untuk access ketiga-tiga function tu. Segalanya telah ada pada 'right-clik menu' dengan install software ni. Mudah bukan?    

Dengan hanya right click, anda dapat access ketiga-tiga fungsi ni.

Download sini: SpiritPyre Extensions [299KB]
                                     (password: firasayangdia)

KEENAM

Screensaver FLIQLO dan TUNNEL VISION


Screensaver sekarang memang macam-macam design dah ada. Tapi, fira saja nak share screensaver yang fira paling suka. Antara banyak-banyak yang ada, fira paling suka dua screen saver ni. FLIQLO yang pertama. FLIQLO akan pamerkan jam yang besar, simple and cool design. Kedua, TUNNEL VISSION. Screnn saver ni biasa jer. Cuma fira sukakan corak grunge tu. hehe smart!

FLIQLO Screen Saver.
Tips: tekan arrow key atas or bawah  untuk kecil dan besarkan saiz jam
TUNNEL VISSION Screen Saver. 


Download sini: 
Fliqlo Screensaver [2MB]
Tunnel Vision Screensaver [6MB]



KETUJUH
Folder Marker Pro v3.0


Hard disk sekarang makin murah dan makin besar kapasitinya. Dah sampai bertera-tera pun sekarang. So, makin besar, makin banyak lah isinya. Makin banyak isinya, makin bersepahlah file-file dalam PC kita tu. 


Jadi, untuk selesaikan masalah tu, Folder Marker adalah penyelesaiannya. Dengan menggunakan software ni, kita dapat Warnakan, Labelkan, Kelaskan folder-folder dalam PC kita tu dengan mudah. So, tak lah susah nak recognize folder mana yang penting dan folder mana yang tak dengan hanya berpandukan pada warna folder itu. 


Just right click, untuk ubah warna folder anda
Dah jadi merah pun. Selain tu, boleh jugak numberkan folder tu.


                                     (password: firasayangdia)




KELAPAN
Ardfry PSD Codec v1.2

Ok. Software ni pulak khas untuk para pengguna Adobe di luar sana. Kebiasaannya, pada file jpeg ataupun gambar, Windows boleh memaparkan 'thumbnail' untuk memudahkan kita 'view' file gambar tersebut. Tak perlulah kita open file tu, so mudahlah nak manage file gambar tersebut. 


Tetapi, untuk file PSD,Ai dan Eps, biasanya pengguna Adobe ni terpaksa bukak guna Photoshop atau Illustrator untuk view file-file ni sebab Windows takleh 'preview' file ni. Cara lain untuk preview file ni, biasanya kita akan view guna adobe bridge. Tapi still takbest sebab agak berat sikit. 


Then, inilah penyelesaiannya dengan instal Ardfry PSD Codec v1.2 ini. So, kita bolehlah preview file-file tadi macam kita view file-file jpeg yang lain. Dengan adanya software ni, editor-editor di luar sana mesti senang nak manage file-file PSD dan Ai yang bersepah tu. hehe Selamat Mencuba! (^-^)




Anda boleh lihat, file PSD boleh di 'preview' di dalam Windows  Explorer biasa.



                                     (password: firasayangdia)




KESEMBILAN
File Scavenger v3.2

Korang pernah tak sebelum ni terdelete file yang korang sayang? macam gambar ke, document ker samada terdelete sendiri ataupun disebabkan oleh virus? Mesti pernah kan? Ha.. lepas ni kalau jadi macam kes tadi, jangan terlalu risau, kerana korang still ada harapan untuk recovery file tu semula dengan guna File Scavenger ni. Nak kata 100% tu xdela, tapi bolehlah menyedapkan hati yang sedih tu. hehe (^-^)



Pilih drive yang hendak di recover > Try mode 'Quick' dahulu, kalau takde hasil guna 'Long' > click 'Search'
Select all file
Step 2: Recover > Pilih 'destination folder '> Click 'Recover'

                                     (password: firasayangdia)




YANG TERAKHIR KESEPULUH
Facebook PhotoZoom

Ok, software yang terakhir ni actually adalah plugin untuk browser kita. Kepada yang dah menggunakannya, mesti suka kan dengan plugin ni? Kenapa fira kata plugin ni best? Sebab dengan guna facebook PhotoZoom ni, kita tak perlu lagi klik sesuatu gmbar tu untuk lihat secara full size. Kita just perlu untuk hover atau tunjukkan sahaja mouse pointer pada gambar yang nak kita view. Pastu ia akan besar sendiri. Cool kan? hehe (^_^)


Just hover mouse pointer pada gambar. Simple right? (^-^)


Download sini:
 >> For Chrome User HERE
 >> For Firefox User HERE

20 comments:

  1. wahh banyak nye software yg menarik..hehe ade yg da gune..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, yg tak gune lagi bolehlah try test (^-^)

      Delete
  2. terbaik...huhu. banyak btol software yer

    singgah sini (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ek.. hope2 software2 ni dapat membantu.

      Delete
  3. bagus2...ada yang dah try ada yang belum....leh singgah lagi sini..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe try jgn tak try.. sure best software2 ni heheh (^-^)

      Delete
  4. Terbaik! Software FLIQLO tu memang bikin cair woah. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tula Fadzmie Mohamad, FLIQLO tu fira dah pakai lama pun. tapi tak jemu2, sebab comei n berguna.. (^-^)

      Delete
  5. Bagusnya software2 ni..dh lama carik..terima kasih share..:)

    ReplyDelete
  6. hampir sume sofwe2 tu already ade di dlm simpanan...
    tp different jenis la...
    tnx (^_^)...

    PS: ni prog yg digunakan, byk lagi, malas nk taip...
    - screensaver: fiqlo, polarclock
    - file reocovery: recuva
    - timesolat: islamfinder

    -NJ315-

    ReplyDelete
  7. waa..smua best2..thnks fira ^^
    nnti post ag ea yg bru2..huhu..

    ReplyDelete